CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 27 September 2009

BAB 4


Hakim nampak perempuan yang tegur dia tadi tu.Dia rasa macam kenal.macam pernah jumpa pon ade.haish...pelik....

''Owh hye..saya..''Hakim mahu memulakan bicara.tetapi..........

"Awak Hakim kan??''perempuan itu memotong percakapan Hakim.

"Owh..y..ya..''suara gagap Hakim da datang.Dulu bukan main macam tukang tilik la..ustaz la...ni pulak..ngan pompuan pon takut..

''Hmm..saya Alya.Saya kenal awak dari...''Hakim sedang menanti perkataan yang akan muncul dari mulut perempuan yang menggelarkan dirinya Alya.

"Dari??''

"Tak papelah....''Alya tersenyum kelat.

"Owh ok.''

"Awak ada masalah ke?"tanya Alya.

"Hah!!mana awak tahu??"Hakim dah kelam kabut.Macam mana minah ni boleh tahu masalah dia..situasi die....and macam-macam la....

''Adelorh...''

"Whatever.Ni,saya tak ada masa nak cakap dengan awak ni..saya balik dululah.''pinta Hakim lalu meniggalkan Alya.

"Eh..kejap-kejap.Nanti malam saya call awak.''jerit Alya.Hakim masih berjalan sambil menggelengkan kepala.Orang tak kenal dia pon....

*************************************************************************************
Ryan tengah termenung sambil duduk kat sofa.Dia asyik fikirkan pasal Hakim yang sejak beberapa bulan menghilang.sSejak hakim tak ada..hidup dia tak tenang....Hakim la satu-satunya kawan baik dia...sejak dari kecil sampai ke besar....tak pernah nak bergaduh.Tia-tiba otaknya berfikir....ha!!dah dapat idea.Dia menyeluk poketnya dan mengeluarkan handfonenya.

Dia mencari nama 'nenek' pastu tekan dail.

"hah nenek...kita jumpa....nanti kat cafe....adalah..okey bye.....''dia terus menekan tutup.Dan meluru ke bilik..Nak salin baju jap..haha..tau-tau la....

p/s:sorry kalau n3 ni pendek sangat..

Rabu, 16 September 2009

BAB 3


Ryan sedang menunggu Hakim membawa adiknya Julia kat taman.....Ryan hanya senyum-senyum..tak sabar nak jumpa adik Hakim...sekarang bolehlah senyum..nanti karang dah tahu adik Hakim tu sapa....muncung memanjang..haha!!

"Hey Ryan!!''jerit Hakim...dahi Ryan dah berkerut-kerut...mana adik Hakim..tak ada pon...

"Mana adik kau..kau jangan nak kelentong aku tau..penat aku tunggu berjam-jam kau tau??!!''bentak Ryan.

"Sabar..sabar....''tiba-tiba Hakim berlari meninggalkan Ryan..mamat ni...orang dah tunggu jam-jam..boleh pulak dia pergi...

Julia dah pon datang....Julia menunggu di tempat jauh dari Ryan...Julia ada nampak Ryan tadi....sebab tu dia jauh sikit daripada Ryan....Julia tak tau yang Ryan tu orang yang sedang menuggunya....

"Abang..nak pergi mana ni??"tangan Julia digengam oleh Hakim kuat....tangan Hakim menarik Julia ke tempat Ryan...

"Abang nak bawak Julia kat kawan abang la...''kata Hakim sambil berlari...Julia perasan yang Hakim membawa Julia ke tempat Ryan....tiba-tiba otaknya berfikir...

''Owh no.....tak kan lah...''ayatnya terhenti....saat itu Hakim tak berapa dengar apa yang Julia cakap..sebab Julia cakap perlahan sangat.....

"Hah Julia..ni la kawan abang...''Hakim tersenyum nakal...Julia hanya dapat membeliakkan mata...lidahnya kelu....Ryan pon sama..haha..dah tahu dah...ambil kau..tu la..gaduh-gaduh..rasakan....

Tangan Ryan dah mengalih ke arah Julia...tangan Julia pula mengalih ke arah Ryan....mereka masih membuntangkan mata....owh my God!!

"Hye..saya Julia....''tangan yang macam nak ugut tu cepat-cepat diturunkan....takut Hakim perasan....

"Owh hye...saya Ryan....''kata Ryan pulak.....(walaupun hati tak rela).....dia tak ingin layan minah ni...tapi sebagai seorang kawan.....kesian pulak kalau buat Hakim kecewa....tangan dia pon dah diturunkan.....

"Ok korang...aku nak balik jap...''Hakim sengaja bagi peluang kat dua orang ni nak date.....

''Kau ni memang pembawa sial!!"Jerit Ryan setelah Hakim agak jauh dari diorang...

"Eh??nak salahkan orang pulak...bukankah kau yang terhegeh-hegeh nak jumpa aku...siap merayu kat abang aku lagi....''Julia mengimbas kembali ingatan Ryan...memang benar..tapi dia tak tahu yang Julia ni.....Julia ni adik Hakim!!sekarang Ryan dah menyesal....haha..ambil kau....

"Ish nenek ni.....menyesal aku....''

"Atok....oh atok...jangan nak kutuk aku..aku dengar ni....''Haha..Ryan dah bengang...

*************************************************************************************
''Amacam Lia??okey tak??'tanya Hakim..dia masih tersenyum....senyum nakal...

''Biasa je....''jawab Julia malas..malas nak cakap pasal atok kerepot tu....

''Kenapa muka Lia pucat tadi pagi hah??Lia dah kenal dia??"Tanya Hakim..tadi Hakim ada perasan yang muka Julia mula berubah apabila berjumpa dengan Ryan

"Tak la....Lia baru kenal tadi....''

"Owh...okey la..da selesai....Lia tak payah jumpa dia lagi..kalau Lia nak jumpa dia..abang boleh back-up Lia..''Seloroh Hakim...Saat itu,muka Julia dah mula merah menahan marah...haa..macam naga tahan api dari terkeluar dari mulut...

"Hmm...abang tahu Lia tak nak jumpa dia...tapi tak payah la buat muka macam tu...''Hakim cuba menahan gelak...tetapi gelaknya jelas keldengaran....

"Jahat lah abang ni...''

"Eh??abang jahat???''Tanya Hakim..

"Tak de la...gurau je....''sambungnya lagi....

"dari mana abang kenal dia??''tanya Julia..

''Dari sekolah...dia kata dia sekolah kat SMK Setia Sepakat...tempat Lia kan??''

"Aaaaaaa ah.....''

"Owh bagusla....''selamba je Hakim cakap....hati Julia ni rasa macam nak hentakkan kepala si Hakim ni je kat siling je....

*************************************************************************************
"Helllllllo brother....''Hakim dah terang-terang ada kat depan pintu bilik Ryan.Hakim memang...suke-suke die je masuk bilik orang.Nasib baik mak bapak Ryan tu dah kenal sangat si Hakim ni...kalau tak....

"Hmmmm...kau nak ape??''tanya Ryan...kan dah kata...kalau jumpa si Julia ni..mesti muncung memanjang...sekarang ni dia dah kene pon...

''Kau tanya aku nak ape??sedih la kau ni....bertahun-tahun aku berkawan dengan kau....ini ke balasannya??"hati Hakim dah terasa...sedih tahu tak...

''sorry la beb..aku stress ni........''

"Stress ape ke bende??tak pernah-pernah aku nampak kau macam ni....''Hakim dah rasa pelik...

''Adik kau!"Jerit Ryan

"Kenapa dengan adik aku??"dahi Hakim dah berkerut-kerut...pelik sungguh!!

"Adik kau adalah orang yang paling aku benci dan adik kau jugaklah orang yang paling suka ejek aku atok dan adik kau........''

"Stop it!!''dengusan Hakim mula kedengaran....Ryan pon satu...lancar je cakap..taktau yang Hakim tu marah kat sapa-sapa yang kutuk adik die....

"Kau apahal??''tanya Ryan yang memang tak tau perasaan Hakim

''Kau tu lah yang apahal??!!"jerkah Hakim lalu menyiku belakang Ryan and then pergi balik rumah..geram habis!!!

"Woi!!kau nak pergi mana??!!"Jerit Ryan....bermulalah pergaduhan antara Hakim dan Ryan....

*************************************************************************************

Dari pagi sampai ke malam muka Hakim merah padam!!tak tau la kenapa..tak kan masih gaduh kat Ryan kot....

Tiba-tiba Hakim teringat masa di kecik lagi....dia selalu berkepit dengan Ryan.Tak pernah berenggang dengan Ryan walaupun sesaat!!tapi bila da besar...semuanya kepala batu!!tu lah..kene pandai cari sahabat....sebenarnya Ryan tak salah!!cuma...tak tau la...Hakim ni sebenarnya panas baran...

Sekarang ni Hakim ada kat taman...taman untuk berehat...ntah taman apa ntah Hakim ni...main singgah je.....

"Hai...salamat berkenalan...''ada perempuan menyapa Hakim....sapaan gadis itu membuat kan Hakim memerhentikan lamunannya.Bila dia pandang atas....

P/S:sorry kalau n3 ni tak best...otak sy sekarang ni punyalah kering idea!!apepon...semoga pembaca terhibur......

Isnin, 14 September 2009

BAB 2


"Hei nenek..kau ni...tak nampak aku lalu ke??!!"Bentak Ryan...hampir jatuh Julia dibuatnya..terkejut sangat!!ni pasal atok kerepot ni la...

"Kau ni atok...kalau kau tak ganggu aku sehari je takkan tak boleh??!!"kali ini Julia pula yang bentak.Hish!!geramnya!!!

"Kalau aku kata tak boleh??"sinis sekali suara Ryan...hah..dah sah dia nak cari pasal...

"Never your mind!!"Jerit Julia lalu berpaling ke arah yang bertentangan dari Ryan da terus jalan....biarkan atok ni sorang-sorang!!

Ryan terus memandang ke arah lantai...dia nampak diari kepunyaan...Julia!! Rupanya tadi Julia bongkokkan badan sebab nak ambil diari dia.....Tapi rasanya Julia tak perasan yang Julia belum ambil dia punya diari....Tiba-tiba senyuman nakal terukir di bibir Ryan..haha...abislah Julia!!

*************************************************************************************

Kali ini Ryan akan jumpa dengan Hakim..ala..macam biasa....

"Apahal kau nak jumpa aku??"tanya Hakim setelah sampai ke tempat yang selalu dia lepak dengan Ryan....

''Ni..aku ada bawak diari minah tu....''Terang Ryan...dulu bukan main lagi muka masam..sekarang senyum-senyum....

"Minah??minah mana??manah rempit ke??bila masa pulak kau ada gejala sosial ni??ish..aku tak nak kawan dengan kau lagi la....''Adoiii....Hakim..dengarlah dulu Ryan nak cakap...

''Alah...yang aku citer kat kau pasal budak perempuan yang panggil aku....''

"Atok!!!''potong Hakim...

"Yup..kau dengar apa yang aku nak cakap....ni..aku dah jumpa diari dia...''kata Ryan sambil menyerahkan diari Julia ke arah Hakim....

"Ish kau ni...aku takkan baca diari orang..tak baik....berdosa...''Sekarang...lagak Hakim dah macam ustaz la pulak....

''Alah kau....tak pernah-pernah kau macam ni...kau dah kene sampuk dengan hantu jenis ape ni hah??"Gurau Hakim sambil ketawa....

"Suka hati aku lah...kalau kau nak baca..baca la sorang-sorang..aku tak suka...buang masa aku je datang sini..baik aku dok rumah dengan adik aku..''Hakim mencebikkan bibir...

"Adik??hah aku ingat masa time kite sekolah rendah dulu..kau kata kau nak jumpakan aku dengan adik kau..sampai sekarang..kau tak bawak aku jumpa die pon....''Ryan mula merengkek...jangan harap lah nak jumpa Julia!!!

"Kau ni..tunggu masa sesuai...aku sebenarnya tak nak jumpakan kau dengan die..takut kau tersangkut....''seloroh Hakim...

"Eleh...harap-harap camtulah....tapi aku harap kau punya adik tak macam nenek ni....''

"Kau ni..kata nak baca diari budak tu...kau serius ke??aku takut la..mana la tau kot-kot bapak budak perempuan tu polis....masuk lokap la kau.....''

"Hurm..aku tetap nak baca..kalau kau tak nak..tunggu aku habis baca...''Ryan melarang Hakim daripada balik ke rumahnya..

"Cepat sikit..''Marah Hakim....dia tak sabar-sabar nak jumpa adik tu sebenarnya....

*************************************************************************************"Lia...''panggil Hakim.Dahi Julia dah berkerut-kerut.Sejak bila pulak abangnya ada kat dalam biliknya??

"Abang..bila abang ada kat sini??"tanya Julia pelik...

"Dari tadi..cuma Lia tak perasan....''Kata Hakim sambil tersenyum..Senyuman yang mambuatkan ramai oarang terpikat kat Hakim...haha...

"Owh..ada ape....masuklah dulu...''pelawa Julia.Hakim dengan bersahaja menuju ke katil Julia.Nak terangkan apa yang terpahat di hati....

"Julia....abang ada kawan....''suara Hakim tersangkut-sangkut..

"So??"Julia menaikkan kening sebelah kanannya..pelik....

"Dia nak jumpa dengan Lia...''

"Perempuan kan??"Haha..Julia da senyum...dia fikir yang Hakim ada girlfriend dah....

"Lelaki...''Terbeliak mata Julia...

"Taknak lah...cukupla sekadar mamat samseng tu...''Julia memberi tanda insyarat dengan mengunakan tangan..tanda berhenti.....

"Ala..Lia kan still single...dia pon single gak...dia baik lah..''terang Hakim...haha..padahal musuh Julia....

"Sekali je....tu pon abang temankan...''pinta Julia..first time date..memang tak biasa...

"Okey....''Sekali lagi Hakim menghadiahkan senyuman.....

Sabtu, 12 September 2009

BAB 1



Tiba-tiba datang sorang lelaki dari belakang diorang.RYAN!!dia dengar apa yang Julia cakapkan pada Aina.Saat itu..Julia malu sampai nak hentak kepala kat seribu batu konkrit!!biar dia dapat tebus kesalahannya.

"Nenek!!kau jangan nak kutuk aku dari belakang.Aku dapat dengar semuanya dengan jelas!!"tengking Ryan.

"Hei!!aku pon tak nak cerita pasal kau kat kawan aku la atok!!!"Balas Julia.Dengusan Julia sudah kedengaran.Nak lempang aje kat atok ni...

"Nama awak Aina kan??"Tanya Ryan dengan suara yang sungguh manis.Tak adil!!kalau kat Julia bukan main garang.Kalau kat Aina...bukan main lagi.

"Ya...ya.ke.na.pa?''Hah..Aina da takut.Gagap terus suara dia...

"Awak balik dulu??"Sekali lagi...suara Ryan makin perlahan....Tanpa membuang masa...Aina terus pecut.Takutnya...

"So....nenek.Asal kau kutuk aku dari belakang?"Ayoyo...suara Ryan makin ganas...

"Ntah...gerak hati....''selamba mulut Julia berbicara.Tangan Ryan sudah mengepalkan penumbuk.Nak tumbuk je...baru puas....

"Asal??nak tumbuk??"Julia sudah ada kekuatan untuk melawan.

"Ish!!minah ni...''marah Ryan.Tangannya hampir ke muka Julia.Tetapi...

"Hei...Ryan...jom join kitorang....aku tunggu kau.''jerit seorang lelaki.Niat Ryan diberhentikan.Siap kau Julia!!Ryan memusingkan badannya lalu meninggalkak Julia.Julia sempat melihat renungan tajam Ryan.

"Fuh!!selamat...''Julia melepaskan keluhan kecil.

*************************************************************************************Julia sedang menangis di dalam biliknya.Walaupon di depan Ryan dia nampak tenang,tetapi hatinya terseksa.Kenapalah dia selalu dapat kawan sebegitu rupa..macam Ryan!!Kejam!!dia ni selalu dapat malapetaka.Walaupun dimana-mana.mentang-mentanglah dia ni lurus bendul!!tak semestinya harus dapat benda yang buruk-buruk!harus dapat benda-benda yang baik jugak!!

"Lia!!''jerit Hakim dari luar pintu.

"Lia!!ni abang ni....''ulang Hakim,abangnya.Hakim selalu memahami perasaan Julia dan rapat dengan Julia.Tak macam adik beradik dia yang lain..

Julia segera membuka pintu dan kembali ke arah katil.Merebahkan badannya yang terasa sakit.Menenangkan otaknya yang bercelaru.Ni pasal Ryan la!!

"Lia.What your problem??Tell me..''pujuk Hakim.Dia tahu Julia dalam masalah.Selalu menolong Julia menyelesaikan masalahnya.

"Lia ada kawan baru...dia bukan kawan Lia...dia musuh Lia...''Jawab Julia setelah lama mendiamkan diri.

''So??''Dahi Hakim dah berkerut-kerut.Pelik dengan jawapan Julia.

''Dia suka cari pasal dengan Lia.''

"Owh..camtu.Alah Lia...tak payah la layan budak tu...makin dilayan makin ngada-ngada.Dia sengaja kot..''Agak Hakim.Dia ni kadang-kadang lagaknya macam tukang tilik...

"Eh??''Lia rasa sangat pelik.

"Maybe...da lah..jom makan...''

''Ok....''lembut sekali suara Julia.Mereka terus keluar dari bilik Julia.Menuju ke dapur....

*************************************************************************************
Kelihatan Hakim sedang menunggu seseorang.Walaupun sedang menunggu,dia tetap tersenyum.Itulah kelebihan Hakim.

"Hei Ryan....lambatnya kau!!"Jerit Hakim.Ryan kawan baik Hakim.Kalau Julia tahu...mesti Hakim tak kawan dengan Ryan.Sebenarnya Hakim tak tahu Ryan orang yang kacau Julia sebab Julia tak sebut nama Ryan pon tadi...

"Sorry.''Kata Ryan sambil menuju ke arah Hakim.

''Kau ni kenapa??muram je muka kau...''Hakim yang perasan wajah Ryan yang tak macam dulu tu segera bertanya.Tak pernah-pernah Ryan macam tu.

''Ntah la...''

''Ntah??hei..bagitau aku apa masalah kau...''perangai Hakim yang prihatin da datang.

''Ada sorang budak pompuan....''

''Your girlfriend??"potong Hakim.Ketawa Hakim juga sudah kedengaran.

''Kau dengar la dulu!!''tempelak Ryan.

''Okey..okey..''

''Dia tu macam nenek!!suka membebel!!"Hakim tersentak.Macam masalah Julia.

"Lepas tu??''

"Ade ke patut..dia kata aku atok..semacho-macho aku pon dia kata atok??dia buta ape??"mata Ryan menjadi merah api!!haha macam naga nak sembur api...

''Rileks..rileks....dah kau garang....tapi kan..masalah kau sama macam adik aku....nama budak pompuan tu siapa??''

"Ntah.aku tak tanya dia pon.''Ryan mengangkat bahunya.Menjelaskan yang dia memang tak tahu....

Jumaat, 11 September 2009

PROLOG


Julia cuba melepaskan segala masalah dia dengan memakan gula getah.Dia memang begitu.Semua tentang dirinya pelik-pelik belaka.

"Julia,ni gula getah yang kau nak.''tiba-tiba Aina datang menghampiri Julia dengan sekotak gula

getah.Julia hanya menyambut dengan lemah.Macam orang tak ada tulang.

"Julia...Julia...apasal lah aku ada kawan macam kau ni...tak best langsung.Dengan dunia kau
je...''seloroh Aina.'aku belasah kau nanti baru tau!!'jerit Julia didalam hati.

''Kelas kau ada murid baru kan??''Tanya Aina.Julia ni...orang tanya dia,dia
buat endah tak endah je...

''Yup.Budak laki..yang samseng habis....belagak macho...suka dipuji...and...macam-macam la!!aku
rasa macam nak cekik-cekik dia je...."Okey-okey.Julia dah ngamuk.Haha....

"His name??"Dahi Aina dah berkerut-kerut.

"Ryan!!"balas Julia.Saat itu Aina dah tutup telinga.Pekak la telinga!!

''Ala..budak baru.Biasa la tu.Kau ni memang payah nak terima budak baru.''Aina mengingati
Julia.Memang benar dia susah menerima kehadiran lelaki atau perempuan dalam
kehidupannya.Aina pon dulu macam tu jugak.Nasib baik Aina ni baik.

"Aku nak tanya kau la.Aku ni ade penyakit ape hah??"Ala...diri sendiri pon tak tahu ade
penyakit ape.

"Mental??"Julia sekadar mengangguk.Mungkin apa yang Aina katakan tadi betul.

"Kau hantar aku pergi hospital Tanjung Rambutan esok boleh??''


''Insya-Allah..."Ketawa mereka sudah terbuarai.Lawak sangat ke??

"Alya mana??"tanya Julia setelah ketawa mereka mula reda.

"Tadi aku datang rumah dia..dia kata dia nak shopping dengan bf dia.''Terang Aina mengenai
Alya,kawan baik Julia nombor 2.

"Bf???"Julia mengerutkan dahinya.Bf pon tak tahu.

"Boyfriend.''

"Owh...aku dah faham.''

''Weh...Ryan macho macam mana??"Aina mula tukar topi yang pertama diorang bualkan.Saja..nak sakitkan hati Julia....Aina memang.....Suka kacau Julia.

''Sorry.Tak ada masa aku nak cakap pasal budak samseng tu.Kau nak tahu??''

"Nak!!"

"Lu fikir la sendiri.''Julia da terbiasa guna ayat Nabil raja lawak.Perkataan itu pon da terkenal kat sekolah diorang.Ayat tu power sangat ke??

"Ehem...ehem..''tiba-tiba sorang lelaki ntah dari mana tegur diorang.Julia terkejut sangat.Tak tau nak letak muka kat mana....