CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 4 November 2009

BAB 2


"Soratheos,masuk!"perintah satu suara.Soratheos adalah makhluk buas yang suka minum darah.Especially yang ada kuasa.

"Ya,master?"

"Siapa yang kamu serang malam tadi?"

"Kesatria ke-7 master.''

"Saya ada tugas baru untuk kamu.Tangkap kesatria ke-7 dan kurung dia di dalam bilik lama.Saya akan jadikan dia tebusan untuk menakluk dunia Fantasym."Kata lelaki itu dengan senyuman yang sinis.

*************************************************************************************
Erin memerhatikan kamarnya yang dihias mengikut warna kesukaannya,warna silver.Haiqal juga dah memperkenalkan dia dengan kesatria yang lain.Semuanya baik kecuali Ellie,kesatria ke-3.Ellie seakan tidak menerima kedatangannya ke dunia Fantasym.Cuma dia dan Ellie sahaja kesatria perempuan,mungkin sebab dia tidak dapat menerima hakikat bahawa dirinya juga terpilih sebagai kesatria.

"Tok!Tok!Tok!"Pintu kamarnya diketuk.

Erin membuka pintunya.Kelihatan Haziq,kesatria ke-1 atau WonderKnight berdiri dengan memegang sehelai baju gaun yang bewarna Silver.'Cantinya baju tu.Mesti untuk Ellie.'

"Ya,Haziq.Ada apa?"tanyanya lembut.Haziq tersenyum.

"Queen Marabella menyuruh kite semua untukberkumpul di dewan makan pada malam ni."

"Saya akan datang..."

"Oh ya.Ini dari Queen Marabella untuk awak.."Haziq menunjukkan baju yang dipegangnya.Dengan kilauan permata menghiasi ruang dadanya.

"Betul ke Queen Marabella yang bagi?"Tanya Erin curiga.'Bukan untuk Ellie ke?'

Haziq sekali lagi tersenyum.Erin dapat mengesan sesuatu.

"Awak yang bagi kan?"Erin membuat serkap jarang.Haziq masih terus terusan tersenyum.Erin mengeluh.

"Kenapa tak bagi kat Ellie?Tak pasal pasal muka saya lebam kene kerjakan dengan dia sebab awak tak bagi baju kat dia.."Erin menyatakan kerisauannya.

"Jangan risau...Shahrul dah bagi dia baju dah.."Haziq menjawab.Erin lega.

"jumpa malam ni ye.."Kata Haziq sebelum menghilangkan diri.

*************************************************************************************
Semua mata tertumpu ke arahnya.Dia pelik .'Comot ke mekap aku?walaupun ni kali pertama aku pakai,tapi aku dah checking dah..'Dia bertanya pada dirinya.

"Cantik awak hari ni,kalah Ellie"Usik Haziq yang entah bila berada di sebelahnya.

"Iye ke?terima kasih.."ucap Erin.Erin mengambil tempat yang telah disediakan iaitu di sebelah Queen Marabella.Dihadapannya Ellie yang memakai baju bewarna putih air susu manakala sebelahnya Shahrul yang memakai tuxedo hitam.

"Cantik baju awak,Silver.Memang padan dengan awak."Puji Queen Marabella.

"Memang padan dengan..cantik sangat!!"Giliran Haiqal pula mengiakan.

"Janganlah puji saya lebih-lebih.."Erin sudah tersipu-sipu malu.

"Tu..dengar tu.Dia tak suke orang puji dia lebih-lebih.."Nada Ellie seperti mahu orang lain ingat akan kewujudan dia.Yalah...dari tadi orang asyik pandang Erin je..jealose la tu..Lantas dia memberi isyarat mata kepada Shahrul untuk memujinya.

"Aah..Ellie pun cantik apa..pakai baju putih bak kilauan permata..."balas Shahrul setelah faham maksud jelingan mata Ellie.Mereka yang lain hanya menahan ketawa.Ellie yang faham dengan situasi itu menarik muka.Queen Marabella berkata untuk mengelakkan suasana 'panas' berlaku.

"Oh ya Shin,bagaimana dengan kuasa kamu?dah ada peningkatan belum?"

"Setakat ini masih baik,Ratu."Shin Knight atau dikenali sebagai Iman menjawab dengan sopan.

"Silver,dah mula berlatih belum?Ellie pun dah mula ke?"

"Belum Ratu."jawab mereka berdua serentak.

"Saya bagi kamu pilihan.Pilih mana-mana perantis yang kamu mahu untuk melatih kamu."Queen Marabella memberi peluang.

"Saya..."sebelum sempat Erin berkata Ellie sudah memotong.

"Saya pilih Wonder dengan Ways."Ellie tergopoh-gopoh.Erin mengeluh.Dia ingat dia ingin memilih mereka berdua untuk melatihnya kerana dia rasa sudah serasi dengan mereka.

"Saya pilih Twin dan Shin."Erin menjawab perlahan.Haziq dan Haiqal yang menginginkan Erin untuk dilatih menarik nafas kecewa.Terpaksa pula dia melayan 'Anak Burung Murai'.

"Dan sebelum saya terlupa,buka kotak yang berada di hadapan kamu.Ianya adalah kuasa yang telah ditentukan untuk para kesatria.Jangan mempertikaikannya."Kata Queen Marabella dengan tegas.

Mereka membuka kotak itu dengan perasaan ingin tahu.Keluar cahaya yang bersinar daripada kotak itu,lalu masuk ke dalam diri mereka...

0 ulasan: