CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 27 November 2009

BAB 9

"Aku bagi amaran kat kau!Jangan kau sesekali berniat untuk mencederakan Erin lagi!"Gertak Haiqal.

"Apa hak kau nak halang aku?"Eric cuba mempertahankan dirinya.

"Jangan hanya kerana kau ni anak raja,kau boleh berlagak dengan kitaorang!"Haziq cuba membela Haiqal.

"Kisah apa aku.Dan kau ingat bila dah jadi kesatria dah hebat sangatlah?"Perli Eric.'Mamat berdua tak habis-habis nak gertak aku.Bukannya aku ada hati dengan si Erin tu.'Cemuih Eric.

"Kau ni..."Haziq tidak sempat menyambung kerana Erin menuju kearah mereka sambil tersenyum.

"Wah...baru bape jam berjumpa dah rapat dah?"Erin teruja.Biar betul diorang ni.Tangannya diletakkan di atas bahu Eric tanpa menyedari perubahan air muka Haziq,Haiqal dan Eric.

'Mati aku dikerjakan mamat dua orang ni..yang Erin ni pun satu,apasalla kau letak tangan kau kat bahu aku..alamak,mata diorang dah bagi amaran.'Eric merungut dalam hati.

'Jaga kau nanti..'Haiqal meyampaikannya melalui pandangan mata.Lantas Eric meleraikan pegangan Erin yang mencengkam bahunya.Erin pula tidak kisah apabila Eric meleraikan pegangan tangannya.Mungkin tidak selesa..

"Rin,Ric nak gi taman sekejap ye.."Eric meminta izin.

'Rin?sejak bila pula ada panggilan manja ni?'Haiqal pelik.'Pelik semacam ni..mesti ada papeni..'Hatinya mula terdetik untuk melakukan sesuatu.

"OK....pergilah...nak Rin temankan?"Pelawa Erin.Haziq dan Haiqal menjeling tajam.

"Tak payahlah.."Dia terus berlalu dari situ membuatkan Erin bingung.


************

Permata itu dibeleknya lagi.Rasanya sudah lama permata itu tidak bercahaya semenjak dia menggunakan magis tertinggi.Tapi mengapa apabila dia berada di hadapan Queen Marabella permata itu bercahaya semula?

Permata Bearress.Tidak diketahuinya dimanakah permata itu dijumpai.Bukan dia tak pernah usahakan.Cuma dia takut untuk bertemu semula dengan ibunya.Takut ibunya tidak dapat menerimanya kehadirannya.Kembar dia sendiri pun tidak tahu kemana dia berada.Dia sendiri pun tidak tahu.Mungkin berada di Australia ke?Atau di Malaysia?Malas dia nak ambil tahu.

Dia duduk disitu tanpa mempedulikan penghuni-penghuni yang tinggal di istana itu.Dia tahu bila-bila masa sahaja dia boleh dibunuh memandangkan dia adalah musuh bagi orang-orang disini.


Ellie yang dari tadi hanya memerhatikan Eric tersenyum.Hatinya mengatakan bahawa putera Eric jauh lebih kacak daripada Haiqal.Ellie tersenyum lagi.Angan-angannya datang.

Tanpa disedari Eric juga perasan akan kehadiran Ellie disitu.Dia telah diberitahu oleh Queen Marabella tentang keadaan disitu.Dimana Haiqal yang suka akan Erin begitu juga dengan Haziq yang tak habis-habis menggertak dia,Iman yang jenis orang selamba,Aary yang pelawak,Shahrul yang pendiam begitu juga dengan Ellie,seorang yang penuh dengan dendam dan iri hati.Eric pelik,bagaimana Ellie yang penuh dengan sifat dendam dan iri hati boleh terpilih sebagai kesatria di dunia kebaikan?Dibuka langkahnya menuju kearah Ellie.


Ellie terkejut beruk apabila Eric tiba-tiba sahaja muncul dihadapannya dengan lagak yang sahaja.'Kacak'.Itu sahaja yang terdetik dihatinya.

"Apa yang awak lihat pada saya hah?"Tanya Eric.


"Siapalah yang nak tengok kau..?"Ellie jual mahal.


"Haahlah..aku pun tak nak diperhatikan oleh orang yang macam kau!"Diubahnya perkataan awak kepada kau apabila Ellie mengatakannya.Ingat dia ni cantik sangat ke?rasanya dengan kembar aku tu mesti lagi cantik kembar aku.Eric menyampah.


"APA YANG AWAK KATA?!"Ellie sudah naik angin.Kurang ajar punya lelaki!

"Apa-ape jelah minah becok.."Eric menamatkan perbualan panas mereka.Malas dia hendak melayan minah ini.Dia lantas berlalu dari situ.Ellie punya hanya menahan hati.Dijaga perilakunya.Yelah manalah tahu yang sebenarnya dia cuma nak uji aku ke?nak tengok aku ni baik ke jahat?Ellie mula berangan lagi.

***********

Benarkah mereka berdua itu anakku?Erin mungkinlah,tapi takkanlah Eric?Takkanlah mereka itu Engku Erinna dan Engku Eric Danish?Jelas sungguh yang Queen Marabella tidak tahu menahu dengan nama sebenar Erin.

Dia ingin menyiasat latar belakang mereka berdua.Dirancangnya jika mereka memang betul anak dia,ingin dibawanya mereka keluar daripada dunia Fantasym.

**********

"Hei,Haiqal!kau pasti ke yang Eric tu ada perasaan kat Eric?"Tanya Haziq.

"Entahlah...tapi kalau memang betul melepaslah kite kan..?"Usik Haiqal.

"Haritu masa kat kampung Sunrise,Erin ada tanya aku aku kenal tak orang nama Eric.Mungkin dialah Eric yang Erin cari tu.."Sambungnya lagi.

"Kau ada rancangan tak?"Tanya Haiqal balik.

"Tentulah ada......."Haiqal tersenyum sinis.

"Abenda kau ni tersenyum-tersenyum?kena loteri ke?"Muncul pula Aary yang entah dari mana.Dilihatnya bersama Iman yang tak pernah lekang daripadanya.

"Tetiba jek loteri?aku ni kan orang baik-baik.. kawan..sedarlah..kite kat mana hah?"Haiqal geram dengan usikan Aary itu.


"Eh..mestilah aku tahu..kite kan kat dunia Fantasym wahai cik abang..."Haiqal geli-geliman mendengar ucapan Aary itu.

"Ellie..mana Shahrul?"Tanya Iman apabila tidak melihat kelibat Sharul bersama Ellie.

"Manalah aku tahu..aku bukannya jaga dia pun.."Ellie menjawab.

"Alahai..boyfriend sendiri pun tak dijaga..nanti dikebas Erin baru tahu.."Aary terus-terusan mengusik.

"Biarlah Erin,asalkan dia bukan dengan Haiqal dan Eric."Katanya perlahan.Namun pendengaran Haziq yang tajam itu dapat mendengarinya.

"APA?HAIQAL DENGAN ERIC?Wei,Haiqal!kau ade peminatlah.."

"Ahhh..tak kuasalah aku nak melayan minah becokni..."Haiqal sudah tak de mood bila namanya digandingkan bersama Ellie.

"APA?minah becok?"Ellie menengking.Dahlah sebentar tadi Eric menggelarnya sebegitu,kini Haiqal juga menggelarnya begitu?Jatuhlah saham dia...

"Ishhh,tak baiklah kau ni Haiqal.."Iman jadi baik.

"Asal kau ni baik?"Tanya Haziq.

"Memang aku baik ape?"Iman menjawab.

"Kalau kau memang baik..aku nak tengok kau couple ngan Ellie sekarang jugak.."Cabar Haiqal.

"Hei..tak mainlah couple-couple ni..lagi lagi dengan si minah becok"Iman sudah terlepas cakap.

"HA HA HA HA HA HA..baik konon.."Haiqal,Haziq dan Aary mentertawakan Iman.Iman apalagi..malu sampai diam seribu bahasa..Ellie tak usah dicerita..dia sudah pun berlalu dengan muka yang masam.

0 ulasan: