CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 17 Disember 2009

BAB 9



"Saya nak hubungan kita ni cuma lakonan."lancar pertuturan Ryan.Julia sebak.LAKONAN??

"Saya tau awak pun nak perkara ni,bukan?sebab dulu kita musuh.Sekarang bercinta.Saya tak boleh terima perkara ni.Awak setuju?"sambung Ryan.Luruh jantung Julia.Hendak menangis tetapi takut Ryan nampak.

"Baiklah."dia berkata dengan perlahan supaya Ryan tidak dapat mendengar suara Julia yg seakan menggigil.

"Okey.Kalau awak setuju.Saya cuma nak kita berlakon depan abang awak je yang kita pasangan kekasih yang bahagia."Ryan tersenyum.

"Okey."hati Julia sekali lagi sebak.

"Okey.Hmm awak tak sihat ke??"tanya Ryan.

"Tak saya okey."Julia memalingkan muka ke arah belakang dan mengesat air mata yang mengalir.

*************************************************************************************


"Macam mana date??best?"tanya Hakim yg sedar kepulangan Julia.

"Okey je."Julia menjawab malas.

"Aik..masam je muka..tak best ke??"

"Tak la..best sangat..cuma letih..."Julia menipu.

"Owh..best la jadi Ryan..dapat girlfriend macam Julia kan??mesti best.."Hakim meneka.'Allah!!aku yg pergi date..die yang over..'Julia berkata didalam hati.

"Hurm..mesti Julia penat kan??pergilah masuk bilik..mandi dulu bru tidur.."Pesan Hakim...ni la kalo ada abang macam ni..sporting nyer..alahai...

"Okey...bye.bye abang..see u tommorow..."Julia melambaikan tangannya.

*************************************************************************************


Julia sudah bangun awal pagi...pagi-pagi dia sudah pergi ke rumah Aina.Teman baiknya yg da lama tak jumpa.Rindu rasanya.Selain itu dia juga mahu meluahkan perasaan sedih nya kepada Aina.Mungkin ini akan meringankan bebannya.

Suis lonceng ditekan beberapa kali.Tetapi tiada sahutan.Julia berputus asa.Dia mahu patah balik.Baru beberapa langkah pintu pagar dibuka...Nama Julia disebut dengan nada yang kuat.Julia nampak Aina berada di depan pintu..mereka terus berpelukan..rindu rasanya...

"Aina..rindu kau..kau pergi mana??"Julia memulakan bicara..

"Aku selalu tunggu kau..akhirnya kau datang jugak..."air mata sudah melintasi pipi kedua-dua sahabat tersebut.Aina mempelawa Julia masuk ke dalam rumahnya supaya boleh berborak sepua-puasnya.

"Weh..apa citer sekarang?"Aina bertanya setelah mereka duduk di atas sofa milik Aina.Julia terdiam seketika.

"Hurm..aku okey je..kau pulak??"tanya Julia kembali.

"Aku??aku dah....kahwin..."Mereka berdua menjerit serentak.

"Abis mana suami kau??"

"Kerja la...eh..apa citer pasal si Ryan lak??"

"Hurm..dia couple ngn aku..."Julia menjawap perlahan.

"Wah..bagusla..asal tak bawak die pergi sini sekali??"Aina menjenguk luar rumah manalah tau Ryan ada kat luar...

"Dia..."ayat Julia tergantung..